FURY (kiri) dan Joshua terbabit dengan dua pertarungan.
FURY (kiri) dan Joshua terbabit dengan dua pertarungan.
Agensi

London: Eddie Hearn memberi bayangan pertarungan heavyweight di antara Anthony Joshua dan Tyson Fury bakal berlangsung di Arab Saudi seperti yang didedahkan Bob Arum.

Difahamkan pertarungan pertama diadakan di Timur Tengah pada awal Ogos dan pengumuman rasmi akan menyusul tidak lama lagi.

Kedua-dua jaguh tinju bersetuju dengan venue minggu lalu dengan promoter Fury di Amerika Syarikat, Arum mendedahkan pertarungan itu berlangsung di negara Teluk.

Bercakap kepada Boxing Scene, Arum berkata: "Kami telah mengesahkan kontrak venue dan kontrak yang lain akan dicapai dalam masa terdekat.

"Ia langkah besar, kami sekarang fokus mengenai kertas kerja dengan Arab Saudi."

Hearn pula sekadar mengiakan kenyataan Arum namun menegaskan pertarungan itu pasti berlaku pada musim panas ini.

Katanya: "Ya, itu komen dari Bob Arum. Anda memang tidak boleh beritahu Bob apa yang boleh didedahkan dan apa yang tak boleh. Saya lebih suka mendiamkan diri dalam perkara itu.

"Mereka telah menandatangani kontrak. Kami kemukakan kepada Fury dan Joshua venue pertarungan yang dipersetujui kedua-duanya. Anda akan mendapat pengumuman rasmi tak lama lagi.

"Ia salah satu pertarungan terbesar setakat ini mungkin untuk tahun 2021 dan semakin menjadi kenyataan.''

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 6:30 PM