Bekas bintang NBA dan pemilik pasukan Charlotte Hornets, Michael Jordan. FOTO AFP
Bekas bintang NBA dan pemilik pasukan Charlotte Hornets, Michael Jordan. FOTO AFP
AFP

New York: Kasut sukan yang dipakai bintang bola keranjang NBA, Michael Jordan pada awal kariernya dijual hampir AS$1.5 juta (RM6.23j) sekali gus mencatat rekod lelongan bagi kasut yang dipakai pada perlawanan menurut wakil syarikat lelongan, Sotheby.

Kasut berwarna merah dan putih dipakai oleh ikon sukan itu pada perlawanan kelima musim baru bersama Chicago Bulls.

Jenama sukan Nike yang menaja Jordan pantas menjadikan ia antara kasut yang menarik perhatian ramai di dalam serta luar gelanggang.

Kasut Michael Jordan yang dipakai ketika kariernya dijual RM6.23j. FOTO Agensi
Kasut Michael Jordan yang dipakai ketika kariernya dijual RM6.23j. FOTO Agensi

"Ia antara kasut sukan paling menilai yang ditawarkan pada majlis lelongan. Michael Jordan sering beraksi memakai Nike Air Ships dari 1984 dan ia dijual pada harga AS$1.47j (RM6.10j) dalam lelongan mewah di Las Vegas," menurut wakil lelongan itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Rekod harga itu mengatasi sepasang kasut Nike Air Jordans yang dijual pada harga AS$615,000 (RM2.55j) pada Ogos 2020 di lelongan Christie.

Sepasang kasut Nike Air Yeezy 1s dipakai penyanyi rap terkenal, Kanye West pula dijual sekitar AS$1.8j (RM7.47j) pada April, tiga kali ganda berbanding rekod sebelum ini bagi sepasang kasut sukan - sekalipun ia dilangsungkan pada jualan ekslusif.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 11:06 AM