HATTON di Kejohanan Alfred Dunhill Link. FOTO Agensi
HATTON di Kejohanan Alfred Dunhill Link. FOTO Agensi
AFP

St Andrews, United Kingdom: Tyrrell Hatton dan Tommy Fleetwood mempamerkan aksi penuh bergaya selepas aksi di Piala Ryder dalam usaha merebut kejuaraan di Kejohanan Alfred Dunhill Links hari ini.

Hatton dari England mengakhiri saingan dengan lapan di bawah par 64 di Carnoustie dalam aksi Jelajah Eropah yang akan dimainkan di tiga lapangan berbeza.

Hatton beraksi dengan baik di sembilan lubang terakhir di Carnoustie untuk berkongsi kedudukan pendahulu bersama-sama pemain Belgium, Nicolas Colsaerts, Adri Arnaus (Sepanyol) dan Li Haotong (China).

"Saya sebenarnya tidak menyedari kedudukan itu sehinggalah saya mendapat kad saya," kata juara 2016 dan 2017.

"Jelas sekali kami memerlukan sembilan lubang yang besar dan saya amat gembira pukulan putt saya baik hari ini. Saya harap dapat meneruskannya."

Setiap pemain akan melengkapkan aksi di Carnoustie, St Andrews dan Kingsbarns yang mana pusingan akhir akan berlangsung di St Andrews.

Fleetwood yang juga anggota pasukan Piala Ryder yang tewas sebelum ini di Wisconsin, mengikat kedudukan di lubang kelapan tanpa sebarang bogey.

"Tenaga saya semuanya baik. Minggu lalu minggu yang sangat bermotivasi dan saya menikmatinya dan tenaga itu saya dapat dari rakan pasukan dan keseluruhannya dalam aksi Piala Ryder," kata Fleetwood.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 1:19 PM