Pemain Belarus, Aryna Sabalenka beraksi pada kejohanan. FOTO Agensi
Pemain Belarus, Aryna Sabalenka beraksi pada kejohanan. FOTO Agensi
AFP

Paris: Sensasi Belarus, Aryna Sabalenka mendapat semangat baharu menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu depan dengan melonjak ke kedudukan kedua dalam ranking WTA hari ini, sekali gus menyaksikan Naomi Osaka jatuh di tempat ketiga.

Sekalipun kedua-duanya Aryna, 23, atau Naomi tidak berjaya mara ke peringkat akhir Terbuka Cincinnati dimenangi Ashleigh Barty yang meneruskan penguasaan di kedudukan nombor satu.

Juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova mara dalam kelompok terbaik ranking WTA di tempat kesembilan selepas beraksi baik untuk mara ke suku akhir di Cincinnati sebelum diketepikan oleh Ashleigh.

Bekas pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber kembali dalam kelompok 20 teratas selepas mara ke separuh akhir di Cincinnati sebelum turut kecewa dengan aksi cemerlang Ashleigh.

Ranking WTA:

1. Ashleigh Barty (AUS) 10,185 mata

2. Aryna Sabalenka (BLR) 7,010 (+1)

3. Naomi Osaka (JPN) 6,666 (-1)

4. Karolina Pliskova (CZE) 5,530

5. Sofia Kenin (USA) 5,030

6. Elina Svitolina (UKR) 5,030

7. Bianca Andreescu (CAN) 4,537

8. Iga Swiatek (POL) 4,461

9. Barbora Krejcikova (CZE) 4,273 (+1)

10. Garbine Muguruza (ESP) 4,210 (-1)

11. Petra Kvitova (CZE) 4,170

12. Belinda Bencic (SUI) 4,170

13. Simona Halep (ROM) 3,881 (+1)

14. Jennifer Brady (USA) 3,489 (+2)

15. Anastasia Pavlyuchenkova (RUS) 3,420 (+2)

16. Elise Mertens (BEL) 3,330 (-1)

17. Angelique Kerber (GER) 3,245 (+5)

18. Maria Sakkari (GRE) 3,210

19. Victoria Azarenka (BLR) 3,160 (-6)

20. Elena Rybakina (KAZ) 3,083 (-1)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Ogos 2021 @ 8:47 PM