Naomi Osaka. FOTO Agensi
Naomi Osaka. FOTO Agensi
AFP

Paris: Naomi Osaka tercicir dari kelompok lima teratas ranking WTA hari ini sementara Simona Halep seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia turut merudum apabila jatuh tiga tangga.

Juara empat kali Grand Slam Naomi jatuh dari tempat kelima kepada kedudukan ke lapan tatkala Simona yang berkahwin dengan teman lelakinya, Toni Iuruc minggu lalu di kampung halamannya dekat Constanta, jatuh di tempat ke-14.

Ashleigh Barty kekal di puncak carta dan juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova merampas kedudukan di tempat kelima.

Ranking 10 teratas WTA:

1. Ashleigh Barty (AUS) 10075 mata

2. Aryna Sabalenka (BLR) 7720

3. Karolina Pliskova (CZE) 5315

4. Elina Svitolina (UKR) 4860

5. Barbora Krejcikova (CZE) 4668

6. Iga Swiatek (POL) 4571

7. Sofia Kenin (USA) 4413

8. Naomi Osaka (JPN) 4326

9. Garbine Muguruza (ESP) 4135

10. Petra Kvitova (CZE) 4060

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 September 2021 @ 10:24 PM