Pemain tenis dari Australia, Ashleigh Barty ungguli Terbuka Stuttgart. FOTO AFP
Pemain tenis dari Australia, Ashleigh Barty ungguli Terbuka Stuttgart. FOTO AFP
AFP

Paris: Ashleigh Barty yang menang di Stuttgart pada hujung minggu, kekal selesa di kedudukan nombor satu dunia untuk tempoh minggu ke-70, 1.855 mata mendahului sensasi Jepun, Naomi Osaka menerusi ranking WTA yang dikeluarkan hari ini.

Pemain dari Australia itu yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai beberapa pertandingan pada musim 2020 kerana kebimbangan mengenai penularan Covid-19.

Ashleigh, 25, mengukuhkan kedudukan teratas itu dengan memenangi tiga kejuaraan jelajah pada 2021.

Dia tidak pernah tewas kepada pemain dalam kelompok 10 Terbaik sejak dikalahkan pemain Belanda, Kiki Bertens pada perlawanan peringkat kumpulan dalam saingan Final WTA di Shenzhen pada 2019.

Senarai ranking WTA:

1. Ashleigh Barty (AUS) 9655 mata

2. Naomi Osaka (JPN) 7800

3. Simona Halep (ROM) 7050

4. Sofia Kenin (USA) 5915

5. Elina Svitolina (UKR) 5835

6. Bianca Andreescu (CAN) 5265

7. Aryna Sabalenka (BLR) 5205

8. Serena Williams (USA) 4850

9. Karolina Pliskova (CZE) 4660

10. Kiki Bertens (NED) 4405 (+1)

11. Belinda Bencic (SUI) 4315 (+1)

12. Petra Kvitova (CZE) 4160 (-2)

13. Garbine Muguruza (ESP) 4120

14. Jennifer Brady (USA) 3765

15. Victoria Azarenka (BLR) 3526

16. Elise Mertens (BEL) 3480 (+1)

17. Iga Swiatek (POL) 3453 (-1)

18. Johanna Konta (GBR) 3236

19. Maria Sakkari (GRE) 3020

20. Karolina Muchova (CZE) 2781 (+2)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 9:01 PM