SARA  (kiri) terjatuh ketika menyertai 400 meter lari berpagar wanita. FOTO AFP
SARA (kiri) terjatuh ketika menyertai 400 meter lari berpagar wanita. FOTO AFP
Agensi

Tokyo: Atlet lari berpagar terjatuh selepas penganjur tetap meneruskan perlumbaan dalam hujan di Stadium Olimpik Tokyo semalam.

Ketika acara lontar peluru wanita dan lompat bergalah ditunda, separuh akhir 400 meter lari berpagar tetap diteruskan.

Malang menimpa atlet Denmark, Sara Slott Petersen yang terjatuh selepas terlanggar pagar ketika menuju garisan penamat.

Pemenang pingat perak 2016 itu berada dalam kedudukan ke final apabila dia terlanggar pagar ketika menuju laluan lurus. Dengan trek yang basah dia terjatuh dan tergelincir manakala pencabar lain terus meluru ke depan.

Namun Sara, 34, masih mampu berdiri dan meninggalkan trek tanpa sebarang kecederaan serius.

Insiden itu tidak disenangi ramai netizen di media sosial yang tidak berpuas hati acara lari berpagar diteruskan manakala acara lain ditangguh akibat hujan yang turun hampir sejam.

Chetana dalam ciapan di Twitter berkata: "Hujan di Tokyo, pelontar peluru rehat akibat licin. Atlet terjatuh ketika berlumba. Mana boleh bertanding dalam keadaan itu. Ia tidak adil .."

Seorang lagi berkata: "Saya tak boleh bayangkan bersusah payah ke Olimpik hanya untuk berlari ketika hujan. Trek basah menyusahkan."

Manakala yang lain berkata: "Bagaimana mereka boleh teruskan acara? Adakah mereka mahu atlet cedera!"

Wendy pula menyatakan: "Oh Olimpik, sangat tak sesuai atlet berlari dalam cuaca seperti itu. Seorang atlet terjatuh, tangguhkan sehingga hujan berhenti demi kepentingan semua!"

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 9:06 AM