CHEN Long sememangnya pemain yang licik. FOTO EPA
CHEN Long sememangnya pemain yang licik. FOTO EPA
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Persembahan yang dipamerkan oleh perseorangan badminton negara Lee Zii Jia cukup bagus sekali gus memberi gambaran bahawa dia bakal menjadi antara pemain terhebat satu masa nanti.

Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata, berbekalkan pengalaman yang dimiliki Zii Jia ketika ini sudah pasti dia akan tampil lebih meyakinkan pada temasya Olimpik akan datang seterusnya menjadikan pemain China Chen Long sebagai lubuk untuk meraih kemenangan.

Chong Wei berkata, Chen Long sememangnya pemain yang licik malah dengan gaya muka innocent namun bijak membaca taktikal dan pergerakan lawan hingga mampu memerangkap Zii Jia.

"Usah kecewa sangat. It was a really good performance... Satu Malaysia tahu anda cuba sedaya upaya.

"Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu Bai.... Chen Long bukan calang-calang defending champion. Muka jer innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

"Semalam game I rasa dari segi power, speed and teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting.

"Olimpik pertama kot, siapalah tak cemas? Game Chong Wei time first Olympic pun tak kemas, "katanya.

Terdahulu, perjuangan Zii Jia di Temasya Olimpik Tokyo berakhir apabila dia tewas kepada lawannya dalam pusingan 16 terbaik, semalam.

Sudah hampir setahun tidak bertemu jelas sekali pemain perseorangan China Chen Long bukan lawan mudah buat Zii Jia apabila dia terpaksa akur menerusi keputusan 21-8,19-21,5-21 di Musashino Forest Sport Plaza.

Selain itu, Chong Wei dalam nada bergurau turut mencadangkan supaya Zii Jia menjalani latihan di Melaka jika mahu memperoleh emas pada temasya Olimpik akan datang.

"Maybe lepas ni cari tempat training kat Melaka. Dengar kata training kat situ boleh dapat emas Olimpik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Julai 2021 @ 2:21 PM