ORANG ramai memakai pelitup muka berhampiran pokok yang dipotong menyerupai maskot Sukan Olimpik Tokyo 2020. FOTO EPA
ORANG ramai memakai pelitup muka berhampiran pokok yang dipotong menyerupai maskot Sukan Olimpik Tokyo 2020. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Will Claye berkata, detik paling malang dalam hidupnya mungkin berubah menjadi pencapaian terhebat dalam kariernya.

Pada Januari tahun lalu, atlet lompat kijang Amerika Syarikat (AS) itu berdepan kemungkinan tersisih daripada Sukan Olimpik Tokyo, iaitu temasya ketiga buatnya.

Kecederaan tendon Achilles pada hujung 2019 menyebabkan pemenang dua pingat perak Olimpik itu tidak mampu berjalan.

Tetapi, wabak 19 yang menyebabkan Sukan Olimpik Tokyo ditangguhkan setahun, menyebabkan impiannya kembali menyala.

"Tempoh setahun tambahan itu benar-benar melegakan dan anugerah buat saya," kata Claye.

"Saya tahu kita sedang melalui pandemik, tetapi ini anugerah besar. Saya dapat menggunakan peluang ini untuk menjadi diri sendiri.

"Tahun lalu, saya mungkin berdepan detik paling sukar dalam hidup dan tidak mampu berada di Tokyo pada 2020."

Perubahan nasib kerana penangguhan akibat pandemik itu turut memihak kepada Claye.
Pada Mei lalu, juara Olimpik dan juara dunia, Christian Taylor yang juga raja bagi acara itu, disisihkan daripada Tokyo kerana kecederaan Achilles iaitu masalah sama mengancam Claye.

Ini bermakna Claye – pemenang perak di belakang Taylor pada 2012 dan 2016 - kini pilihan utama untuk menang emas di Tokyo.

Sementara itu, prospek emas bagi acara 400 meter lari berpagar wanita, Sydney McLaughlin, 21, menggunakan tempoh penangguhan itu untuk menukar jurulatih.

Sydney yang menang pingat perak di belakang Dalilah Muhammad pada Kejuaraan Dunia 2019 di Doha, menyertai jurulatih, Bobby Kersee pada 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 6:15 PM