KATIE sediar gegarkan kolam renang di Tokyo. FOTO Agensi
KATIE sediar gegarkan kolam renang di Tokyo. FOTO Agensi
AFP

Los Angeles: Bintang renang Amerika Syarikat (AS), Katie Ledecky yakin tiada penonton di Olimpik Tokyo akibat Covid-19 tidak akan menjejaskan prestasi mereka di dalam kolam renang.

Pakar gaya bebas dan juga pemenang lima emas Olimpik, Katie mensasarkan untuk beraksi cemerlang dalam acara 200 meter (m), 400m, 800m dan 1,500m.

Dia berkata, keputusan untuk tidak membenarkan penonton tidak akan menghalangnya mencipta kegemilangan di temasya berkenaan walaupun sedar situasi kali ini sangat berbeza.

Katie berkata ketika Olimpik 2020 itu ditangguhkan akibat pandemik dia masih belum mendapat gambaran jelas sama ada temasya itu akan diadakan atau tidak.

"Ia bagaikan satu mimpi apabila Olimpik mampu dianjurkan, saya tidak rasa walaupun tanpa penonton semua atlet, jurulatih dan sukarelawan akan bersama-sama dalam satu bandar bagi mengejar sasaran masing-masing selepas lima tahun mempersiapkan diri.

"Saya masih merasakan akan terpancarnya saat indah dan saya tahu ia seperti dikhususkan buat Olimpik siaran televisyen.

"Saya harap semua orang seluruh dunia dapat menonton dan menikmatinya, kehebatan persiapan yang dilakukan oleh semua atlet selama lima tahun," katanya.

Penganjur Tokyo 2020 dan kerajaan mengumumkan secara rasmi semalam bahawa peminat dilarang menyaksikan temasya itu di gelanggang kerana Tokyo berada dalam keadaan darurat virus.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 1:13 PM