REAKSI  Federer selepas menewaskan Sonego. FOTO AFP
REAKSI Federer selepas menewaskan Sonego. FOTO AFP
AFP

London: Novak Djokovic mara ke suku akhir ke-50 Grand Slam manakala Roger Federer muncul pemain paling tua di era moden mara ke peringkat lapan terakhir di Wimbledon dalam aksi yang berlangsung di All England Club.

Pemain nombor satu dunia Djokovic yang memburu trofi keenam Wimbledon dan mahu menyamai rekod 20 gelaran utama mara ke suku akhir kali ke-12 selepas menewaskan pemain Chile Cristian Garin 6-2, 6-4, 6-2.

Federer yang bakal berusia 40 tahun beberapa minggu lagi mengatasi cabaran pemain Itali Lorenzo Sonego 7-5, 6-4, 6-2 to untuk layak ke suku akhir di Wimbledon buat kali ke-18 dan ke-58 kejohanan utama secara keseluruhan.

Djokovic akan menentang pemain Hungary Marton Fucsovics, salah seorang pemain yang mara ke peringkat lapan terakhir di kejohanan itu buat kali pertama.

Berrettini mara ke pentas akhir Wimbledon buat kali pertama. FOTO AFP
Berrettini mara ke pentas akhir Wimbledon buat kali pertama. FOTO AFP

Senarai itu termasuk pilihan utama wanita Ashleigh Barty, pilihan kedua Aryna Sabalenka, Karolina Pliskova, Viktorija Golubic selain Matteo Berrettini, Denis Shapovalov, Karen Khachanov dan Felix Auger-Aliassime dalam kategori lelaki.

Djokovic pula semakin hampir dengan kalendar Grand Slam.

Hanya dua pemain dalam sejarah menjuarai kesemua empat gelaran utama pada tahun sama dengan kali terakhir dilakukan Rod Laver pada 1969.

"Tahap keyakinan sangat tinggi selepas menjuarai Terbuka Perancis,'' kata Djokovic.

"Ia salah satu kemenangan terbesar saya selepas dua aksi lima set dan dua aksi empat set di minggu kedua.

"Ia memaksa saya bekerja keras tetapi ia juga memberikan saya cabaran bermakna.''

Juara lapan kali Wimbledon Federer bakal menentang sama ada Daniil Medvedev atau Hubert Hurkacz pilihan ke-14 di separuh akhir.

Medvedev mendahului Hurkacz 6-2, 6-7 (2/7), 6-3, 3-4 ketika pemain terpaksa dihentikan akibat hujan.

"Ia tidak adil kepada sesiapa sahaja. Saya pernah berada dalam situasi ini tetapi mereka masih muda dan boleh pulih,'' kata Federer, pemain tertua mara ke suku akhir sejak Era Terbuka pada 1968.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 5:58 AM