AKSI Henley di Torrey Pines. FOTO EPA
AKSI Henley di Torrey Pines. FOTO EPA
AFP

La Jolla, Amerika Syarikat: Pemain Amerika Syarikat, Russell Henley melakukan birdie dari jarak 11 kaki bagi muncul pendahulu dengan catatan empat bawah par 67 di Terbuka Amerika Syarikat (AS) manakala Phil Mickelson masih lagi bergelut dalam misinya melengkapkan karier Grand Slam.

Henley yang tidak menang PGA sejak Terbuka Houston 2017 selain tidak pernah menduduki 10 teratas kejohanan utama melakukan tiga birdie dan satu bogey untuk mendahului pencabar lain di Torrey Pines.

"Sejak tahun lalu, saya pamer aksi golf terbaik secara konsisten dalam karier. Saya rasa seperti permainan yang lengkap,'' kata Henley.

"Tetapi saya masih gagal duduki 10 teratas di kejohanan utama. Itu hakikatnya dan saya mahu beraksi lebih baik di kejohanan itu. Saya rasa lebih bagus sekarang.''

Pemain Itali, Francesco Molinari yang juga juara Terbuka British 2018 ketinggalan satu pukulan dengan 68 manakala pemain Sepanyol Rafa Cabrera Bello mencatat tiga bawah.

Pemain nombor 63 dunia, Henley melakukan bogey pada awal permainan tetapi bangkit dengan birdie dari jarak sembilan kaki di lubang kelima, tujuh dan satu lagi dari jarak 14 kaki.

"Anda hanya perlu fokus," kata Henley. "Bagi saya, ia selesa dan meletakkannya dengan cantik. Ia cara yang bagus menamatkan perlawanan hari ini. Ujian yang getir.''

Harapan tuan rumah Mickelson yang meraikan hari jadi ke-51, hanya mencatat 75 dengan bogey di enam lubang pertama.

"Saya bekerja keras tetap akhirnya tamat dengan bogey enam dan tujuh. Saya agak kecewa,'' kata Mickelson.''

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 9:36 AM