Atlet Venezuela, Yulimar Rojas. FOTO Agensi
Atlet Venezuela, Yulimar Rojas. FOTO Agensi
AFP

Paris: Atlet Venezuela, Yulimar Rojas memberi amaran kepada pencabarnya di temasya Olimpik selepas melakar antara rekod kedua terbaik dalam sejarah bagi acara lompat kijang iaitu 15.43 meter(m) pada kejohanan di Andujar, dekat bandar Sepanyol.

Juara dunia dalam dewan dua kali dan luar dewan itu mengatasi rekod peribadinya dengan hanya dua sentimeter (sm).

Catatan rekod baharu atlet berusia 25 tahun itu kurang 7sm daripada rekod dunia 15.50m yang dilakukan pada 1995 oleh atlet Ukraine, Inessa Kravets.

Yulimar sudahpun melakukan lompatan 15.43m dalam dewan pada Februari 2019 di Madrid, yang juga rekod baharu dunia dalam dewan.

Dia merangkul pingat perak Olimpik di Rio 2016 di belakang atlet Colombia, Caterine Ibarguen dan akan kekal sebagai atlet pilihan untuk memenangi emas di Sukan Olimpik Tokyo pada 23 Julai - 8 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 11:11 AM