Naomi Osaka. FOTO Agensi
Naomi Osaka. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Pemain nombor dua dunia dari Jepun, Naomi Osaka menarik diri daripada menyertai kejohanan WTA di Stuttgart bulan depan, ia disahkan oleh penganjur hari ini.

"Naomi Osaka kini akan memulakan musim gelanggang keras Eropah pada penghujung Mei," menurut penganjur Stuttgart dalam satu kenyataan.

Kejohanan yang berlangsung di Selatan Jerman dari 17-25 April akan diteruskan tanpa penonton berikutan pandemik Covid-19.

Ia adalah antara kejohanan terawal di Eropah bagi sesi pemanas badan untuk aksi Terbuka Perancis dan di Roland Garros yang dijadualkan bermula 23 Mei ini.

Naomi memenangi kejuaraan Grand Slam pertama bagi 2021 bulan lalu selepas menewaskan Jennifer Brady dari Amerika Syarikat pada final Terbuka Australia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mac 2021 @ 10:08 PM