Min Woo Lee melakukan putts pada lubang pertama di Kejohanan PGA dekat London. FOTO File AFP
Min Woo Lee melakukan putts pada lubang pertama di Kejohanan PGA dekat London. FOTO File AFP
AFP

San Francisco: Pemain golf Australia, Min Woo Lee, 22, adik kepada pemain profesional LPGA yang semakin menonjol, Minjee, melakukan penampilan pertama di Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) di Pebble Beach hari ini, dengan harapan dapat mengikut jejak langkah kakaknya.

"Ia adalah permulaan yang hebat di Pebble Beach," kata Woo Lee.

"Sangat teruja untuk beraksi minggu ini. Ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan untuk melakukan permulaan di Jelajah PGA dan saya harap memanfaatkan peluang ini."

Lapangan tepi laut yang membabitkan aksi bukan selebriti golf disamping profesional di Pebble Beach Pro-Am tetapi dijalankan lebih kepada acara jelajah biasa pada tahun ini berikutan pandemik Covid-19.

Woo Lee memenangi Junior Amatur AS 2016 dan melakar kejayaan profesional pertama di Terbuka Victoria dekat Australia, Februari lalu yang merupakan acara yang diiktiraf Jelayah Eropah.

Minjee Lee, 24, adalah bekas pemain nombor satu amatur dunia yang memenangi Junior Wanita AS 2012 dan melakar kejuaraan pertama LPGA pada 2015 di Kingsmill sebelum beraksi di Olimpik Rio 2016.

Kejuaraan kelima dan yang terbaru diperoleh menerusi LPGA adalah pada Terbuka Los Angeles 2019.

Tahun lalu, dia menyamai pencapaian terbaik utama dengan menduduki tempat ketiga di Terbuka Wanita British.

Kini Woo Lee berharap mereka adik-beradik dari Perth dapat memperoleh kejayaan pada sirkit PGA dan LPGA pada masa sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2021 @ 11:49 AM