AIU tidak dapat mengesan lokasi Manyonga. FOTO AGENSI
AIU tidak dapat mengesan lokasi Manyonga. FOTO AGENSI
AFP

Paris: Pemenang pingat perak Olimpik dari Afrika Selatan, Luvo Manyonga digantung sementara selepas gagal untuk memaklumkan pihak berkuasa anti-doping di mana dia berada ketika ini demikian dimaklumkan oleh Unit Integriti Atlet Olahraga (AIU).

Manyonga yang meraihkan ulang tahun kelahirannya semalam, meraih perak ketika Olimpik Rio 2016.

Dia kini berdepan kemungkinan tidak dibenarkan beraksi di temasya Olimpik Tokyo tahun ini.

"AIU akan mendakwa Luvo Manyonga dari Afrika Selatan kerana kegagalannya melanggar Peraturan Anti-Doping. Atlet lompat jauh itu digantung sementara.

Pada 2012, Manyonga yang juga juara dunia 2017 dan pemenang emas Komanwel 2018, digantung 18 bulan selepas diuji positif kerana menggunakan dadah methamphetamine.

Pada Disember dia mengatakan bahawa dia sudah bersih daripada ketagihan dadah namun sudah lama tidak berlatih kerana permintaan daripada adiknya seminggu sebelum dia kembali menjalani rawatan pemulihan.

Mei lalu Manyonga didenda kerana minum di tempat awam dan melanggar sekatan kawalan pergerakan ketat di Afrika Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 12:17 PM