TAYANGAN skrin besar hoki Piala Dunia. FOTO FB
TAYANGAN skrin besar hoki Piala Dunia. FOTO FB
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Bagi menyemarakkan lagi sokongan buat skuad hoki negara di Piala Dunia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan dua skrin gergasi untuk peminat menyaksikan pertembungan antara Malaysia dan Sepanyol malam ini.

Pasukan bimbingan A Arul Selvaraj akan turun ke Stadium Kalinga pada jam 7 malam ini (waktu Malaysia) untuk aksi Crossover 1 bagi mencari slot ke suku akhir Piala Dunia.

Jika berjaya mencatat kemenangan Malaysian Tigers bakal berdepan Australia di suku akhir Selasa ini.

"Yang tak balik kampung, malam ini 2 lokasi BIG SCREEN untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023," kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam akaun Facebook.

Kata Hannah, untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia, beliau akan menyambut hari pertama Tahun Baru Cina di Dataran Merdeka.

Selain Dataran Merdeka satu lagi skri gergasi untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Sepanyol ialah di Perkarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2023 @ 11:33 AM