PEMAIN Colombia kecewa apabila sekadar muncul naib juara Copa America 2024. FOTO AFP
PEMAIN Colombia kecewa apabila sekadar muncul naib juara Copa America 2024. FOTO AFP
Reuters

Miami Gardens: Selepas mempamerkan persembahan terpuji dan mengekalkan rekod tanpa kalah 28 perlawanan, Colombia akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada Argentina dalam final Copa America 2024 sebentar tadi.

"Ia menyakitkan selepas kejohanan yang diperjuangkan oleh seluruh pasukan, anda bersaing untuk menang dan kami merasakan kami layak mendapat lebih. Tetapi kami perlu mengucapkan terima kasih kepada semua orang," kata pertahanan Colombia, Davinson Sanchez.

"Kami mahu memberikan kemenangan kepada sebuah negara yang layak, Colombia memang layak mendapat segala-galanya, dan kami pulang dengan tangan kosong, tetapi kami akan teruskan perjuangan."

Sebagai sedikit penghormatan bagi Colombia, pemain tengah dan kapten James Rodriguez dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan, selepas mencatatkan enam bantuan gol, memecahkan rekod Lionel Messi yang sebelum ini dengan lima bantuan gol dalam satu edisi Copa America.

Jurulatih Colombia, Nestor Lorenzo berkata, pasukannya mengalami kesukaran dari segi fizikal sepanjang kejohanan.

"Anak buah saya merasai keletihan sepanjang keseluruhan kejohanan, mereka bermain enam perlawanan dalam masa 21 hari," katanya sambil menyatakan bahawa beberapa pemain mengalami kekejangan pada peringkat akhir kejohanan.

Kejohanan ini dicemari oleh beberapa isu pengurusan dan pemain Uruguay terbabit dalam pertengkaran dengan peminat Colombia awal minggu ini.

Sementara itu, seorang pembantu pengadil terpaksa dimasukkan ke hospital selepas pengsan dalam keadaan cuaca panas semasa mengadili perlawanan peringkat kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 2:26 PM