Ronaldo (tengah) bersama Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa (tengah kiri) bersama pasukan negara itu sebelum beraksi pada Euro 2016. FOTO AP
Ronaldo (tengah) bersama Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa (tengah kiri) bersama pasukan negara itu sebelum beraksi pada Euro 2016. FOTO AP
Reuters

Madrid: Cristiano Ronaldo berada pada tahap terbaik dan lebih bersedia mengetuai Portugal mencari gelaran Eropah, kata ketua jurulatih kebangsaan negara itu, Fernando Santos.

Ronaldo bersedia beraksi pada perlawanan pemanas badan terakhir Portugal menentang Estonia di Lisbon awal pagi esok sebelum bertarung pada Euro 2016.

Harapan Portugal memenangi kejuaraan itu di Perancis bergantung kepada tahap kecergasan penyerang Real Madrid itu yang berdepan masalah otot pada penghujung musim.

Namun dia masih dapat membantu kelabnya menewaskan Atletico Madrid pada final Liga Juara Juara.

"Dia bersedia dari segi fizikal, mental dan moral," kata Santos dipetik daripada laporan majalah sukan Sepanyol Marca.

"Anda dapat lihatnya dalam perlawanan awal pagi esok. Dia dalam keadaan seperti pemain lain."

Ronaldo, kapten Portugal, menyertai pasukannya Ahad lalu dan tidak beraksi pada perlawanan persahabatan tewas 1-0 kepada England di Wembley minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 9:32 PM