PENYERANG Lebanon, Karim Darwiche menanduk bola ke gawang Palestin. -FOTO Reuters
PENYERANG Lebanon, Karim Darwiche menanduk bola ke gawang Palestin. -FOTO Reuters
AFP

Sharjah, Emiriah Arab Bersatu: Palestin memulakan usaha mereka untuk mendapat tempat di Piala Dunia 2026 dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Lubnan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan I di Sharjah.

Perlawanan itu berlangsung di Stadium Khalid Bin Mohammed di Sharjah selepas Lubnan dilarang untuk menggunakan stadium 'tuan rumah' akibat insiden yang berlaku ketika perlawanan kelayakan menentang Syria di Beirut tahun lalu.

Pergolakan di Palestin kerana konflik semasa dengan Israel di Gaza menyaksikan mereka akan bermain perlawanan pertama sebagai 'tuan rumah' menentang Australia di Kuwait minggu depan - kedua-dua pasukan berdiam diri seminit sebelum perlawanan untuk mangsa pertempuran.

Lebih 11,500 orang terbunuh di Gaza sejak Israel melancarkan serangannya sebagai tindakan balas terhadap serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober di mana 1,200 orang terbunuh dan kira-kira 240 yang lain dijadikan tebusan.

Ia adalah pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan dan menyaksikan pemain pertahanan Palestin sebahagian besarnya berada di belakang apabila Lubnan menyerang.

Peluang pertama perlawanan hadir pada minit ke-12, namun rembatan kapten Lubnan. Hassan Maatouk sedikit tersasar hasil percubaan jarak jauh.

Atta Gaber mempunyai peluang terbaik untuk Palestin pada separuh masa pertama manakala Mohammed Saleh dan Oday Dabbagh hampir menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

Dua pasukan teratas dalam setiap sembilan kumpulan akan mara ke fasa ketiga kelayakan. Asia akan mempunyai sekurang-kurangnya lapan tempat dalam Piala Dunia membabitkan 48 pasukan yang bertanding.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2023 @ 8:05 AM