MBAPPE (kiri) masih belum pasti sama ada diturunkan atau tidak menjelang aksi Ligue 1 28 Disember depan. FOTO AFP
MBAPPE (kiri) masih belum pasti sama ada diturunkan atau tidak menjelang aksi Ligue 1 28 Disember depan. FOTO AFP
AFP

Paris: Bintang Perancis Kylian Mbappe kembali menjalani latihan bersama Paris Saint-Germain tiga hari selepas meledak hatrik bersama Perancis namun tumpas dalam perlawanan akhir Piala Dunia.

Pemain berusia 24 tahun itu berasa sedih selepas kekalahan Perancis kepada Argentina dalam penentuan sepakan penalti, walaupun golnya dua kali menyamakan kedudukan.

Walaupun pemain PSG diberi cuti 10 hari, Mbappe dirakamkan berada di padang latihan kelab juara Perancis itu.

"Kylian Mbappe kembali menjalani latihan," jelas PSG.

Mbappe, yang menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia dengan lapan gol, tidak dijangka kembali terlalu awal dan PSG tidak menyatakan sama ada dia bakal berksi dalam perlawanan Ligue 1 menentang Strasbourg pada 28 Disember.

Kepulangannya ke padang latihan berlaku sehari selepas dokumentari mengenai kempen Perancis menunjukkan Mbappe memberikan kata-kata semangat kepada rakan sepasukannya rehat pada separuh masa berikutan aksi longlai di babak pertama selepas mereka ketinggalan 0-2.

"Ia adalah pasukan Piala Dunia, ia adalah perlawanan seumur hidup!" kata Mbappe dalam dokumentari penyiar Perancis TF1.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2022 @ 10:15 PM