TEN Hag tidak senang dengan reaksi media terhadap persembahan United. FOTO AFP
TEN Hag tidak senang dengan reaksi media terhadap persembahan United. FOTO AFP
Reuters

London: Erik ten Hag berkata, reaksi media terhadap prestasi Manchester United dalam separuh akhir Piala FA menentang Coventry adalah 'memalukan', namun beliau dengan tegas mempertahankan pencapaian pasukannya mara ke final kali kedua berturut-turut.

United menyerahkan kelebihan mendahului 3-0 di Wembley Ahad lalu dan terselamat daripada penyingkiran memalukan pada masa tambahan dengan dibantu oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) yang membatalkan jaringan Coventry pada saat akhir akibat ofsaid.

Mereka akhirnya menewaskan pasukan Liga Kejuaraan itu menerusi penentuan penalti untuk mengulangi perlawanan semula perlawanan akhir seperti tahun lalu menentang City.

Ten Hag mengakui selepas perlawanan, bahawa pasukannya 'melepaskan' peluang tetapi mengenepikan sebarang tanggapan rasa malu.

Bagaimanapun, beliau dikritik secara meluas, menambah spekulasi sedang menunggu masa untuk disingkirkan di Old Trafford.

Bekas penyerang Liga Perdana Inggeris (EPL), Chris Sutton berkata, prestasi itu akan 'mengukuhkan pemecatannya'.

Bagaimanapun, Ten Hag berada dalam suasana yang tidak menentu menjelang perlawanan EPL menentang pasukan tercorot Sheffield United Khamis ini.

"Anda bertanya soalan: 'Adakah ia memalukan?' Tidak, reaksi daripada anda memalukan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

"Ia hanyalah komen. Bola sepak teratas adalah mengenai keputusan. Kami berjaya mara ke final dan kami layak mendapatnya bukan sahaja dengan perlawanan ini tetapi juga perlawanan lain.

"Kami hilang kawalan selama 20 minit, kami juga bernasib malang, 3-2, 3-3. Kami sangat bertuah pada akhirnya, ia adalah jelas. Penentuan penalti sangat bagus dan kami berjaya ke final, ia adalah satu pencapaian yang besar. Dua kali, dalam dua tahun, adalah hebat. Bagi saya sebagai pengurus, empat perlawanan akhir merebut piala dalam tempoh empat tahun. 'Komen itu sebenarnya yang memalukan'."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 10:25 PM