MAINOO menyerlah bersama United musim ini.
MAINOO menyerlah bersama United musim ini.
Reuters

London: Pemain tengah Manchester United Kobbie Mainoo mendapat panggilan pertamanya untuk menyertai skuad England kendalian Gareth Southgate menjelang dua aksi persahabatan, menurut skuad kebangsaan itu semalam.

Pemain berusia 18 tahun itu yang menyinar bersama Red Devils pada awalnya anggota skuad B-21 untuk kelayakan Euro B-21 2025 tetapi diserapkan ke skuad Three Lions untuk aksi di Wembley menentang Brazil pada 23 Mac dan Belgium 26 Mac.

Mainoo adalah hasil produk akademi belia United dan tampil 14 kali dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Satu penghormatan untuk saya mendapat panggilan pertama skuad senior," katanya di Instagram.

Mainoo yang beraksi untuk skuad England B-17, B-18 dan B-19 melaporkan diri di St. George's Park semalam.

Pertahanan Everton Jarrad Branthwaite dan pemain sayap Newcastle United nthony Gordon turut mendapat panggilan antrabangsa pertama mereka daripada Southgate.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2024 @ 7:10 AM