MAINOO bercita-cita besar walaupun masih muda. FOTO AFP
MAINOO bercita-cita besar walaupun masih muda. FOTO AFP
Reuters

London: Pemain tengah Manchester United, Kobbie Mainoo berkata dia berharap untuk menyertai skuad England ke Euro di Jerman selepas menerima panggilan pertama skuad senior England menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa.

Pada mulanya dia menjadi sebahagian daripada skuad Bawah 21 tahun, namun pemain berusia 18 tahun itu disenaraikan pengurus, Gareth Southgate sebelum England menerima kunjungan Brazil Ahad ini dan menentang Belgium pada 27 Mac.

Mainoo membuat 20 penampilan untuk United bagi semua pertandingan musim ini dengan menjaringkan dua gol.

Graduan akademi itu menunjukkan ketenangan dan keyakinan di atas padang, menggelecek pantas melalui pertarungan sengit di bahagian tengah.

"Saya terkejut dan gembira (mendapat panggilan). Ia penuh dengan emosi, beberapa hari yang cukup gila," Mainoo memberitahu BBC.

"Saya perlu menyesuaikan diri dengan cepat dengan Liga Perdana Inggeris. Ia sangat menuntut secara fizikal, dan juga mental, jadi ia sukar."

Ditanya mengenai harapannya untuk menyertai skuad Euro tahun ini, Mainoo berkata: "Saya rasa itulah matlamat akhir musim ini, untuk masuk ke dalam skuad itu."

England diundi dengan Slovenia, Denmark dan Serbia pada Euro 2024, yang bermula pada 14 Jun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2024 @ 10:56 PM