KHALID kini sedang menerima rawatan kanser paru-paru. -FOTO NSTP
KHALID kini sedang menerima rawatan kanser paru-paru. -FOTO NSTP
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara, Khalid Ali ketika ini sedang menerima rawatan memerlukan doa daripada seluruh peminat tanah air agar dirinya kembali sihat seperti sedia kala.

Menurut Datuk Zainal Abidin Hassan yang juga rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan menyatakan Khalid dalam proses rawatan dan meminta orang ramai terus mendoakan dia agar segala proses rawatan berjalan lancar.

"Masih di dalam perubatan dan kita mendoakan semoga kesihatan beliau (Khalid) akan cepat sembuh. Keadaan dia pun kurang normal sekejap sedar sekejap tidak sedar sebab dalam perubatan," katanya yang hadir melawat Khalid Ali baru-baru ini.

Terdahulu Arena Metro melaporkan bekas pemain kebangsaan era 1980an pernah menerima sumbangan RM17,000 dari Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bagi rawatan kanser paru paru tahap empat yang dihadapinya.

Sumbangan berjumlah RM17,000 itu adalah seperti yang dimohon Khalid kepada Yakeb bagi pembelian ubat 'Pembrolizumab 100mg INJ Keytruda.'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2024 @ 1:54 PM