Kylian Mbappe mahu tinggalkan PSG dengan aman. -FOTO AFP
Kylian Mbappe mahu tinggalkan PSG dengan aman. -FOTO AFP
Agensi

Paris: Kylian Mbappe bersetuju melepaskan bonus loyalti bernilai £69 juta (RM350.80 juta) demi memastikannya dia dapat keluar dengan cara baik dari Paris Saint-Germain musim panas ini, dengan Liverpool sudah bersiap untuk bertindak.

Mbappe yang berusia 25 tahun itu baru sahaja memasuki enam bulan terakhir kontrak lumayan bersama PSG yang ditandatanganinya pada 2022 selepas ketua Parc des Princes berjaya menolak minat Real Madrid.

Perkembangan yang rumit itu dilaporkan Caught Offside di mana ketua pasukan Perancis itu kini menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan kelab baharu dan Liverpool juga berharap dapat memanfaatkan masa daripada masa dengan yang tidak menentu.

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid sudah lama dianggap sebagai pihak yang paling berminat tetapi beberapa laporan sepanjang musim sejuk mengatakan The Reds yang dikendalikan Jurgen Klopp kini menjadi pendahulu selepas mengadakan perbincangan mengenai perpindahan sebelum ini.

"Saya bercakap dengan Liverpool kerana ia adalah kelab kegemaran ibu saya.

"Saya tidak tahu mengapa anda perlu bertanya kepadanya! Ia adalah kelab yang bagus dan kami bertemu mereka ketika perlawanan lima tahun lalu. Ia kelab besar yang saya temui semula ketika berada di Monaco," kata Mbappe.

Tambahnya, dia juga tidak menolak untuk kekal di ibu negara Perancis, walaupun selepas bekas bintang muda membantu PSG menewaskan Toulouse 2-0 dalam Piala Juara-Juara Perancis Rabu lalu.

"Saya sangat, sangat, sangat bermotivasi untuk tahun ini dan ia sangat penting," katanya.

Walau bagaimanapun, juara Ligue 1 itu berang dengan Mbappe sehingga mengeluarkannya daripada senarai pemain pada siri jelajah pramusim mereka di Asia pada awal musim ini, selepas bintang Perancis itu menulis surat kepada kelab memaklumkan tidak bersetuju untuk menyambung kontrak selama setahun itu seperti yang diharapkan PSG.

Namun, Mbppae masih diberi ganjaran bonus loyalti bernilai £80 juta (RM406.79 juta) selepas dia kekal bersama kelab itu selepas penutupan tirai perpisahan musim panas dan disenarikan semula ke dalam skuad pengurus baharu, Luis Enrique.

Mbppae juga turut mengetepikan anusran bonus pertama itu dan bersedia untuk melepaskan sepenuhnya sekiranya dia meninggalkan Paris musim panas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2024 @ 12:09 PM