MBAPPE tinggalkan PSG pada musim panas.
MBAPPE tinggalkan PSG pada musim panas.
Agensi

London: Penyerang Paris St-Germain Kylian Mbappe bersetuju menyertai Real Madrid pada musim panas ini.

Kapten Perancis berusia 25 tahun itu memberitahu PSG dia mahu meninggalkan kelab dengan kontraknya tamat pada Jun.

Mbappe masih belum menandatangani kontrak dengan Real tetapi perjanjian itu akan diumumkan apabila kedua-dua kelab tidak lagi kemungkinan bertemu dalam aksi Liga Juara-Juara musim ini.

Pemenang Piala Dunia itu muncul penjaring terbanyak PSG dengan 244 gol.

Mbappe mahu masa depannya dimuktamadkan sebelum Mac dan pada 13 Februari sebelum sesi latihan, dia bertemu presiden PSG Nasser Al-Khelaifi dan menjelaskan dia mahu berpindah dan menyertai Real.

Selepas laporan dia akan berpindah tersebar pada Khamis lalu, Mbappe disisihkan dalam barisan kesebelasan ketika menentang Nantes pada Sabtu lalu tetapi dimasukkan sebagai pemain gantian dan menjaringkan penalti sekali gus membolehkan PSG menjarakkan kedudukan di puncak Ligue 1 dengan 14 mata .

Dia dijangka mengikat kontrak lima tahun dengan Real dengan bayaran £12.8 juta (RM77.68 juta) semusim berserta bonus lumayan yang akan dibayar sepanjang lima tahun.

Jika pemain Croatia Luka Modric berpindah pada musim panas ini, Mbappe bakal menyarung jersi nombor 10 sama seperti yang dipakainya ketika beraksi dengan Perancis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2024 @ 10:48 PM