JDT merangkul gelaran Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
JDT merangkul gelaran Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktikan mereka satu-satunya kelab terbaik di era profesional apabila muncul pasukan paling banyak menjuarai Liga Super sebanyak 10 kali.

Malah, ia dilakukan berturut-turut sejak 2014 dan statistik itu nyata menjadi bukti kejaguhan skuad Harimau Selatan dalam saingan domestik.

Menurut pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, JDT sememangnya layak untuk memegang gelaran raja bola sepak di negara ini.

"Statistik tidak menipu. Selamat datang ke zaman profesional," katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya yang turut memuat naik infografik kejuaraan Liga Super yang telah dimenangi JDT berbanding pasukan lain.

Skuad kendalian Esteban Solari itu meraih kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut selepas menewaskan PDRM 4-0 menewaskan PDRM FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Rabu.

Dalam pada itu, Tunku Ismail juga memberikan bayangan pasukan itu tidak akan berhenti dan terus tampil lebih kuat pada musim depan.

"Saya fikir tahun depan kami akan lebih kuat berbanding tahun ini," katanya.

Kemenangan ke atas PDRM itu bukan sahaja memastikan JDT meraih kejuaraan Liga Super untuk sedekad malah banyak rekod lain yang berjaya dicipta.

Harimau Selatan mencipta muncul pasukan berjaya menjaringkan 122 gol semua kejohanan dalam satu musim selain rekod meledak 86 gol-rekod jaringan paling banyak dalam saingan liga untuk satu musim.

Selain itu, JDT juga pasukan yang paling lama tidak kalah saingan Liga Super dengan 56 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2023 @ 6:43 PM