MESSI (kanan) tiada dalam senarai pemain Argentina selepas mengadu kepenatan. FOTO AFP
MESSI (kanan) tiada dalam senarai pemain Argentina selepas mengadu kepenatan. FOTO AFP
AFP

Montevideo: Juara dunia, Argentina merehatkan Lionel Messi, tetapi masih mampu menang selesa 3-0 ke atas Bolivia yang beraksi dengan 10 pemain di La Paz, sekali gus mengekalkan rekod kemenangan di peringkat kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan.

Messi yang memiliki jadual padat dengan kelab baharunya, Inter Miami, berada di bangku simpanan, tetapi tiada dalam senarai pemain apabila mendakwa kepenatan selepas menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Ecuador, Khamis lalu.

Sekalipun tanpa pemain berpengaruh itu, anak buah Lionel Scaloni memiliki skuad ampuh apabila Enzo Fernandez, Nicolas Tagliafico dan Nicolas Gonzalez menyumbat gol buat mereka.

Pemain tengah Chelsea, Fernandez meletakkan Argentina di depan pada minit ke-31.

Lapan minit kemudian, tugas Bolivia semakin berat apabila Roberto Fernandez dibuang padang akibat kekasaran terhadap Cristian Romero.

Argentina mendahului 2-0 sebelum rehat apabila Tagliafico menanduk masuk umpanan Angel Di Maria.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2023 @ 11:32 AM