PENYOKONG Argentina tak mahu pasukan mereka gagal mara ke Russia.
PENYOKONG Argentina tak mahu pasukan mereka gagal mara ke Russia.
AFP

Montevideo: Kemungkinan Piala Dunia berlangsung tanpa Argentina atau Lionel Messi hampir menjadi kenyataan awal pagi esok ketika pasukan gergasi Amerika Selatan itu bersiap sedia menentang musuh ketat mereka Chile dalam pertarungan merebut tiket ke Russia 2018.

Argentina yang kali terakhir gagal layak ke Piala Dunia 1970, melihat perkembangan mereka untuk pusingan akhir tahun depan menjadi kucar-kacir tahun lalu menerusi keputusan seri berturut-turut dengan Venezuela dan Peru disusuli dengan kekalahan kepada Paraguay dan Brazil.

Biarpun mereka bangkit untuk menewaskan Colombia 3-0 di tempat sendiri November lalu, mereka jauh dari tiket kelayakan automatik apabila menduduki tangga kelima, mengumpul 19 mata selepas 12 perlawanan.

Kekalahan kepada pasukan tangga keempat Chile di Buenos Aires awal pagi esok akan menyebabkan Argentina semakin jauh daripada kedudukan layak secara automatik.

Malah jika Colombia menewaskan Bolivia di tempat sendiri seperti dijangka, Argentina mungkin berada lebih jauh, di luar kedudukan lima teratas untuk aksi playoff yang diduduki mereka ketika ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 7:24 AM