AKSI antara Liverpool dan Villa sebentar tadi. FOTO Reuters
AKSI antara Liverpool dan Villa sebentar tadi. FOTO Reuters
Reuters

Liverpool: Dominik Szoboszlai menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool dan Mohamed Salah meledak jaringan ketujuh dalam tujuh perlawanan ketika menewaskan Aston Villa 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Juergen Klopp, yang memenangi 10 daripada 12 perlawanan terakhir mereka menentang Villa, melonjak ke tangga ketiga dengan mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan.

Salah, dilaporkan akan berpindah ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad, menjaringkan gol ke-188 dalam kariernya bersama Liverpool pada minit ke-55.

Szoboszlai memberikan Liverpool permulaan cemerlang dengan sepakan separuh voli kaki kiri selepas tiga minit aksi berlangsung

Liverpool menggandakan kelebihan apabila rembatan deras Darwin Nunez mengenai tiang dan melantun masuk ke gawang selepas terkena pertahanan Villa, Matty Cash.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 September 2023 @ 11:18 PM