TANGKAP layar komen TMJ kepada KDA FC. -FOTO Instagram
TANGKAP layar komen TMJ kepada KDA FC. -FOTO Instagram
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Aksi luar biasa Kedah Darul Aman (KDA) FC yang muncul sebagai satu-satunya pasukan berjaya mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi jaringan 3-3 pada musim ini mendapat pujian ramai.

Malah, Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga terkesima dengan aksi yang dipamerkan barisan anak buah Nafuzi Zain apabila mampu memberikan tentangan sengit sekali gus menangguh hasrat skuad Harimau Selatan untuk bermain bunga api di Stadium Darul Aman, malam tadi(paper malam kelmarin).

Tunku Ismail menerusi laman instagramnya turut berharap KDA FC mampu mencipta keputusan positif pada baki saingan Liga Super sekali gus menempah tiket ke Piala AFC musim depan.

"Mudah-mudahan ke Asia. Semoga menang beberapa baki game (perlawanan) liga," komen Tunku Ismail.

Pada perlawanan malam tadi menyaksikan JDT terpaksa menangguh dahulu hasrat untuk berpesta sebagai juara Liga Super kali ke-10 berturut-turut selepas mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang KDA FC.

Lebih manis, keputusan seri itu turut menjadikan KDA FC sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri mata daripada anak buah Esteban Solari, musim ini.

Gol tuan rumah disumbangkan kapten pasukan, Manuel Ott, Ifedayo Olusegun dan Amirbek Juraboev pada minit akhir separuh masa kedua.

Jaringan pasukan pelawat pula disempurnakan pertahanan JDT Corbin Ong, penyerang prolifik Harimau Selatan Heberty Fernandes dan Arif Aiman Hanapi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2023 @ 2:33 PM