HENDERSON bergaji RM4 juta seminggu.
HENDERSON bergaji RM4 juta seminggu.
Agensi

London: Jordan Henderson kini dilaporkan muncul pemain England mempunyai gaji paling tinggi selepas mengesahkan perpindahannya dari Liverpool ke Al Ettifaq semalam.

Selepas 12 tahun cemerlang dengan pelbagai trofi di Anfield, Henderson memuktamadkan perpindahannya ke kelab Liga Profesional Arab Saudi kendalian Steven Gerrard itu dengan gaji mega £700,000 (RM4.1 juta), seminggu.

Bekas kapten Liverpool itu bakal menerima £36 juta (RM209 juta) setahun bersamaan £108 juta (RM628 juta) dalam kontrak tiga tahunnya di Ettifaq sekali gus pemain berusia 33 tahun itu muncul pemain England berpendapatan paling tinggi.

Menurut The Sun, selepas Henderson diikuti dua pemain Manchester United Marcus Rashford dan Jadon Sancho yang masing-masing bergaji £375,000 (RM2.18 juta) dan £350,000 (RM2.03 juta) seminggu.

Manakala kapten Three Lions Harry Kane hanya menduduki tangga ke-12 sebagai pemain England bergaji paling tinggi apabila menerima bayaran £200,000 (RM1.16 juta) seminggu di Tottenham Hotspur.

Selepas mengesahkan perpindahannya, Henderson dalam media sosialnya berkata: "Gembira mengumumkan saya tandatangani @ettifaq. Cabaran baharu menunggu di hadapan. Tak sabar rasanya. Selamat datang ke Arab Saudi."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 9:01 AM