GREENWOOD kurang mendapat tempat di Old Trafford.
GREENWOOD kurang mendapat tempat di Old Trafford.
Agensi

London: Mason Greenwood dilaporkan bakal menerima bayaran £10 juta (RM59.32 juta) setahun jika meninggalkan Manchester United dan berpindah ke Arab Saudi.

Selepas berbulan-bulan spekulasi, Greenwood dan United semalam disahkan mencapai persetujuan yang membolehkan pemain berusia 21 tahun itu meninggalkan kelab.

United dalam kenyataannya berkata: "Semua terbabit termasuk Mason mengetahui kesukarannya meneruskan karier di Manchester United.

"Oleh itu persetujuan bersama dicapai dengan jalan terbaik untuknya ialah meninggalkan Old Trafford dan kami kini bekerjasama dengan Mason untuk mencapai cita-citanya."

Sejak pengumuman itu, Greenwood dikaitkan deengan beberapa kelab di Eropah dan Arab Saudi.

Menurut The Sun, beberapa kelab Liga Pro Saudi berminat menandatangani Greenwood.

Kelab Steven Gerrard Al Ettifaq antaranya yang dikatakan sedia menawarkan Greenwood kontrak mega £10 juta setahun.

Al Ettifaq setakat ini sudah mendapatkan Moussa Dembele, Jack Hendry dan bekas kapten Liverpool Jordan Henderson yang dilapor bergaji £700,000 (RM4.15 juta) seminggu.

Selain Arab Saudi, kelab Serie A Roma turut berminat dengan Greenwood selain gergasi Super Lig Turki Galatasaray dan Istanbul Basaksehir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2023 @ 7:27 PM