KAKI Faisal yang cedera selepas dihentak pemain lawan. FOTO Faisal Halim
KAKI Faisal yang cedera selepas dihentak pemain lawan. FOTO Faisal Halim
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Walaupun diterjah keras sehingga menyebabkan kakinya berdarah, pemain Selangor FC, Faisal Halim tetap tenang di saat menerima ujian itu.

Kecederaan Faisal atau lebih mesra disapa Mickey dialami ketika menentang Sabah FC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) selepas dia dikasari salah seorang pemain skuad Sang Badak itu.

Selepas perlawanan, Faisal menerusi Instagram Storynya mengemaskini keadaannya dengan semua dalam keadaan baik.

"Saya okay," tulis Faisal ringkas sambil menunjukkan kakinya yang berdarah disebabkan terjahan.

Bagaimanapun, ketika ini tidak boleh dipastikan sama ada kecederaan dialami pemain itu serius atau tidak memandangkan tiada apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan Selangor FC.

Jika kecederaan dialami Faisal itu serius, ia sudah pasti memberikan tamparan besar kepada skuad gergasi merah yang akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim Sabtu ini bagi aksi liga Super menentang Johor Darul Ta'zim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2023 @ 6:45 PM