TEN HAG sudahpun mempunyai pengganti de Gea. -FOTO AFP
TEN HAG sudahpun mempunyai pengganti de Gea. -FOTO AFP
Agensi

London: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag menegaskan dia "secara peribadi bersyukur" atas usaha David de Gea apabila penjaga gol itu mengesahkan pemergiannya dari Old Trafford selepas 12 tahun bersama kelab itu.

Persoalan mengenai masa depan pemain Sepanyol itu berakhir selepas De Gea sendiri memaklumkan berita pemergiannya dengan kenyataan penuh emosi yang dimuat naik di media sosial.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah peningkatan spekulasi yang menunjukkan Ten Hag sudah pun menemui penggantinya iaitu penjaga gol Inter Milan, Andre Onana.

Walaupun pengendali Belanda itu tidak merasa ragu-ragu untuk memilih siapa yang harus diletakkan dalam skuad utama United pada penggal akan datang, Ten Hag cukup bermurah hati mengucapkan selamat tinggal kepada De Gea dengan mesej yang menyentuh hati.

Bos United itu menjelaskan: "Ia memerlukan kualiti dan watak yang hebat untuk mencapai tahap yang diperlukan walaupun bermain satu perlawanan untuk Manchester United.

"Untuk melakukannya 545 kali dalam tempoh 12 tahun adalah pencapaian istimewa, terutamanya dalam kedudukan penjaga gol di mana setiap perlawanan meletakkan anda dalam perhatian.

"Mendapat anugerah Pemain Terbaik Tahunan daripada peminat dan rakan sepasukannya, sebanyak empat kali, menunjukkan di mana tahap prestasinya dan dia akan sentiasa diingati sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dalam sejarah kelab.

"Saya secara peribadi berterima kasih atas kejayaannya mengelakkan pintu golnya daripada dibolosi sebanyak 25 sepanjang perlawanan yang dilakukannya pada musim lalu dan sumbangan keseluruhannya di atas padang sepanjang tahun pertama saya di kelab.

"Semua pemain dan kakitangan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau untuk fasa seterusnya dalam karier cemerlangnya."

De Gea tiba di Manchester dari kelab gergasi LaLiga, Atletico Madrid pada 2011, ketika Sir Alex Ferguson masih pengurus di Old Trafford.

Dia kemudiannya memenangi gelaran Liga Perdana pertamanya bersama kelab itu pada 2012-13, kempen terakhir Ferguson semasa era kegemilangannya.

De Gea melihat banyak perkara semasa berada di kelab itu, seperti yang dia nyatakan dalam mesej perpisahan tulusnya yang disiarkan di Twitter.

"Saya hanya mahu menghantar mesej perpisahan ini kepada semua penyokong Manchester United," tulisnya.

"Saya ingin merakamkan rasa terima kasih yang tidak berbelah bahagi dan penghargaan atas kasih sayang sejak 12 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Julai 2023 @ 8:50 AM