MBAPPE pilih untuk kekal bersama PSG. FOTO AFP
MBAPPE pilih untuk kekal bersama PSG. FOTO AFP
AFP

Faro: Kylian Mbappe berkata kekal di Paris Saint-Germain (PSG) adalah 'satu-satunya pilihan buat masa ini' selepas bintang Perancis itu memberitahu kelab berkenaan tidak akan menyambung kontraknya selepas 2024.

"Saya sudah menjawab soalan ini, saya berkata bahawa matlamat saya adalah untuk meneruskan aksi dengan kelab, kekal di PSG, itu satu-satunya pilihan saya buat masa ini," kata Mbappe.

Mbappe awal minggu ini menghantar surat kepada kelab mengesahkan dia tidak akan mengambil pilihan untuk kekal dengan juara Perancis itu sehingga 2025.

"Saya tidak sangka sepucuk surat boleh membunuh atau menyinggung perasaan seseorang," kata Mbappe.

Dia memberitahu AFP tidak pernah membincangkan untuk melanjutkan kontraknya dengan PSG selepas tahun depan.

Itu serta-merta meningkatkan prospek penyerang berusia 24 tahun itu, salah seorang pemain paling diidamkan mana-mana pasukan, meninggalkan Parc des Princes selepas Lionel Messi

Mbappe berkata dia tidak terkejut dengan cadangan PSG boleh mencari dana dengan menjualnya sekarang, dan bukannya membenarkan dia pergi secara percuma pada penghujung musim depan.

"Tidak, tidak banyak yang mengejutkan saya," katanya.

Kapten Perancis itu juga menafikan mengganggu persiapan pasukan kebangsaan dengan menghantar surat itu empat hari sebelum perlawanan menentang Gibraltar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 1:33 PM