MBAPPE (tengah) menjalani latihan bersama skuad Perancis menjelang perlawanan kelayakan Euro 2024. -FOTO AFP
MBAPPE (tengah) menjalani latihan bersama skuad Perancis menjelang perlawanan kelayakan Euro 2024. -FOTO AFP
AFP

Paris: Bintang Perancis, Kylian Mbappe memberitahu Paris Saint-Germain bahawa dia tidak akan memilik untuk melanjutkan kontraknya selama setahun selepas 2024, kata sumber yang rapat dengan rundingan itu.

Perkara itu membuka kepada kemungkinan bahawa bintang berusia 24 tahun itu akan meninggalkan Parc de Princes semasa jendela perpindahan musim panas ini, tambah sumber itu, mengesahkan laporan dalam akhbar sukan Perancis L'Equipe.

Mbappe mengesahkan perkara itu melalui surat selepas setahun lebih dia mengenepikan tawaran Real Madrid dan memilih menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal di juara Perancis itu.

PSG pastinya tidak akan membenarkan aset utama mereka itu pergi secara percuma apabila perjanjian sedia adanya tamat.

Perkara itu menimbulkan kemungkinan naib juara Piala Dunia itu akan berpindah kelab jika pihak atasan PSG mengadakan perbincangan antara tempoh ini hingga akhir Julai.

Surat Mbappe menjadi hangat diperkatakan selepas pemergian Lionel Messi ke Inter Miami.

Ia agak mengejutkan berdasarkan laporan bahawa dia tidak akan menggunakan pilihan untuk kekal sehingga 2025.

Dia ditanya mengenai masa depannya ketika majlis anugerah bulan lalu di mana Mbappe dipilih sebagai pemain Ligue 1 musim ini buat kali keempat berturut-turut selepas membantu PSG memenangi rekod kejuaraan Perancis ke-11.

"Saya akan berada di sini lagi musim depan" adalah jawapannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2023 @ 8:23 AM