MBAPPE dijangka mengetuai PSG di jelajah di Jepun. FOTO Reuters
MBAPPE dijangka mengetuai PSG di jelajah di Jepun. FOTO Reuters
AFP

Tokyo: Paris Saint Germain (PSG) akan menentang pasukan Cristiano Ronaldo, Al Nassr dan finalis Liga Juara-Juara, Inter Milan dalam aksi persahabatan di Jepun.

PSG berkunjung ke Jepun menentang tiga kelab tempatan musim lalu yang menyaksikan sambutan luar biasa dari penyokong termasuk ketika sesi latihan.

Tahun ini mereka akan berdepan kelab Arab Saudi, Al Nassr di Osaka pada 25 Julai dan kelab Liga J, Cerezo Osaka tiga hari kemudian.

Bagaimanapun, tidak akan ada pertembungan antara Ronaldo dan seteru lama Lionel Messi, selepas pemain Argentina itu akan meninggalkan PSG.

Messi bukanlah antara pemain yang digunakan PSG untuk pengumuman jelajah di laman web mereka.

Mereka menamatkan lawatan Jepun menentang Inter, yang menentang Manchester City dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, di Stadium Nasional Tokyo pada 1 Ogos.

City, Bayern Munich dan Celtic juga mengumumkan lawatan ke Jepun pada musim panas ini.

PSG merangkul rekod kejuaraan Perancis ke-11 minggu lalu apabila Messi menjaringkan gol dalam keputusan seri 1-1 di tempat lawan di Strasbourg.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 4:47 PM