MESSI bersama Mbappe meraikan kejayaan meledakkan gol pertama PSG. -FOTO AFP
MESSI bersama Mbappe meraikan kejayaan meledakkan gol pertama PSG. -FOTO AFP
KYLIAN Mbappe meraikan kejayaan PSG bersama penyokong dan pemain yang lain. -FOTO AFP
KYLIAN Mbappe meraikan kejayaan PSG bersama penyokong dan pemain yang lain. -FOTO AFP
GALTIER meraikan kejayaan PSG merangkul kejuaraan liga ke-11. -FOTO AFP
GALTIER meraikan kejayaan PSG merangkul kejuaraan liga ke-11. -FOTO AFP
AFP

Paris: Paris Saint-Germain merangkul rekod kejuaraan liga ke-11 Perancis dengan menyaksikan Lionel Messi meledakkan gol ketika mereka mencatatkan keputusan seri 1-1 di Strasbourg.

Messi meledak gol untuk PSG mendahului sebelum Kevin Gameiro kemudiannya menyamakan kedudukan namun keputusan itu sudah cukup memberikan PSG kelebihan empat mata mengatasi Lens di tempat kedua dengan baki satu perlawanan musim ini.

PSG kini mendahului rekod 10 kejuaraan yang sebelum ini dicatatkan oleh Saint-Etienne pada 1981 yang di samai oleh mereka tahun lalu di bawah pimpinan bekas jurulatih, Mauricio Pochettino.

Ia adalah gelaran kesembilan PSG dalam tempoh 11 musim terakhir di mana mereka mendominasi bola sepak Perancis di bawah pemilikan Qatar.

"Malam ini saya menonton hari terakhir musim ini di Bundesliga dan anda boleh lihat bahawa amat sukar untuk memenangi liga, mana-mana liga," kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.

"Penyandang juara dalam semua liga Eropah sering menghadapi masalah musim ini jadi kami menghargai apa yang berlaku ini.

"Ia adalah gelaran dan kami tidak boleh percaya ia adalah perkara biasa untuk menang, walaupun kami adalah Paris Saint-Germain."

PSG memulakan hujung minggu kedua terakhir musim ini dengan kelebihan enam mata di hadapan pesaing terdekat Lens dan memiliki perbezaan gol yang jauh lebih baik.

Di atas kertas, sekiranya Lens kecundang, ia akan menyaksikan PSG dinobatkan juara dengan berbaki satu perlawanan biarpun sekali mereka tewas namun pada akhirnya mereka memerlukan keputusan seri apabila seteru mereka meraih kemenangan 3-0 ke atas Ajaccio yang sudah pun tersingkir.

PSG memulakan kempen musim dengan cemerlang dan tidak tewas dalam mana-mana kejohanan sebelum Piala Dunia.

Namun mereka tewas enam daripada 17 perlawanan awal liga pada 2023 dan tersingkir daripada saingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di tangan Bayern Munich selain di Piala Perancis.

Keputusan itu secara tidak langsung mempertingkatkan lagi spekulasi yang Galtier - yang pernah meraih gelaran bersama Lille dua tahun lalu - akan digantikan pada musim rehat nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2023 @ 8:27 AM