MARTIAL akan diketepikan dari skuad United kerana masalah hamstring. -FOTO Reuters
MARTIAL akan diketepikan dari skuad United kerana masalah hamstring. -FOTO Reuters
AFP

London: Penyerang Manchester United, Anthony Martial akan terlepas perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City Sabtu ini kerana masalah hamstring.

Pemain Perancis itu mengalami kecederaan itu selepas dimasukkan dari bangku simpanan ketika menentang Fulham pada perlawanan terakhir United dalam Liga Perdana Ahad lalu.

"Anthony Martial akan terlepas perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City Sabtu ini kerana kecederaan," kata United dalam satu kenyataan Selasa.

"Dia mengalami kecederaan hamstring di hujung perlawanan ketika kami menang 2-1 ke atas Fulham di Old Trafford.

"Ujian yang dilakukan memaklumkan bahawa pemain itu mengalami kecederaan otot yang akan menyebabkan Martial, 27, tidak akan beraksi di Wembley."

Martial menjaringkan sembilan gol dalam 29 penampilan untuk United musim ini dan turut dihantui beberapa siri kecederaan.

Dia hanya disenaraikan 11 kali dalam kesebelasan utama daripada 21 penampilannya dalam liga musim ini, turut berharap untuk beraksi di Wembley menentang City yang membida untuk meraih treble Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2023 @ 8:00 AM