TEN Hag percaya kemampuan Martial. FOTO AFP
TEN Hag percaya kemampuan Martial. FOTO AFP
Reuters

Manchester: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berkata, Anthony Martial adalah pemain yang memiliki penyudah terbaik dalam pasukan dan gembira kerana penyerang Perancis itu kembali cergas.

Beliau berkata bahawa Martial akan menjadi tonggak penting buat mereka untuk memastikan kedudukan empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tiga kecederaan berasingan musim ini bermakna Martial dihadkan kepada enam penampilan dalam semua pertandingan, tetapi dia masih boleh menjaringkan empat gol dengan dua bantuan jaringan setakat ini.

Martial, 26, kembali menjaringkan gol dalam kesebelasan utama dalam kemenangan 4-2 United ketika Piala Liga ke atas Aston Villa dan dikeluarkan selepas sejam beraksi sebagai langkah berjaga-jaga.

"Sudah tentu dia sangat penting. Saya suka pemain seperti Anthony.

"Dia boleh memegang bola, dia boleh menjadi sasaran, dia boleh berlari di belakang pertahanan lawan, dia boleh menamatkan hantaran dan dia seorang pemain yang rajin.

"Dia bermain dengan sangat baik dalam banyak aspek bola sepak dan saya gembira dengan itu. Saya gembira dengan segala-galanya kecuali kesediaannya," kata Ten Hag.

United, di tangga kelima liga dengan mengumpul 23 mata, tetapi hanya berjaya menjaringkan 18 gol dalam 13 perlawanan termasuk pilihan terhad di bahagian serangan.

Martial diketepikan kerana berdepan masalah kecederaan hamstring, Achilles dan, yang terbaru di punggungnya.

Ten Hag berkata kelab itu cuba memahami mengapa dia terus terdedah kepada kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2022 @ 12:05 PM