BERNHARDT kecewa dengan prestasi skuadnya. -FOTO Izzali Ismail
BERNHARDT kecewa dengan prestasi skuadnya. -FOTO Izzali Ismail
Oleh Izzali Ismail


Alor Setar : Pengendali TRW Kelantan FC Frank Bernhardt meluahkan rasa kecewa diatas prestasi pemainnya yang gagal untuk bangkit semula selepas tewas 0-5 kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman semalam.

Kekalahan 0-5 semalam merupakan kekalahan kali keenam berturut-turut buat The Red Warriors dan kali keempat sejak Frank Bernhardt secara rasmi dilantik sebagai pengendali baharu Kelantan FC pada 9 April bagi menggantikan Choi Moon-sik.

Menurut Bernhardt, beliau mengakui tahap yang ditampilkan pemainnya di Stadium Darul Aman semalam sebagai dibawah tahap kemampuan yang sepatutnya ada dalam memberi saingan yang dirancangkan.

"Prestasi pemain kami jauh dari apa yang dapat mereka tampilkan dan kami bermula dengan corak permainan yang melibatkan beberapa kesilapan dalam hantaran dan kerap hilang dalam penguasaan bola.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 1:17 PM