PEMAIN Kelantan FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes (kanan) diasak oleh pemain Perak FC, Luciano Guaycochea (kiri). FOTO Nik Abdul Nik Omar
PEMAIN Kelantan FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes (kanan) diasak oleh pemain Perak FC, Luciano Guaycochea (kiri). FOTO Nik Abdul Nik Omar
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: "Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan, budak kecil pun boleh buat (jaringkan gol), tapi menjadi masalah buat mereka (pemain) untuk melakukan jaringan."

Itu nada kecewa yang diluahkan pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt susulan kekalahan pasukannya ke atas Perak FC, dalam aksi Liga Super,malam tadi.

Bernhardt berkata, pasukannya bermain dengan baik di awal 20 ke 30 minit perlawanan sehingga pemain membuat kesilapan gol sendiri pada minit ke 35.

Katanya, TRW mempunyai banyak peluang menjaringkan gol dan dilihat kerap berada di petak gol pelawat namun tumpul penyudah.

"Masa pertama kita sangat bagus, aktif kemudian bahagian serangan tidak banyak dapat bola terutamanya Nuha (Nuha Marong Krubally) dan Ismaheel Akinade.

"Ini adalah masalah keseluruhan perlawanan di masa permulaan kita ada masalah kecergasan dan banyak kehilangan bola," katanya dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

Pengendali berasal dari Jerman itu berkata, pemainnya sentiasa mendapat bola namun tumpul di bahagian serangan.

"Kita akan jalankan lebih banyak latihan untuk buat gerakan, mungkin dengan kedatangan import baru pada perpindahan jendela kedua akan mengubah sedikit permainan pasukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2023 @ 12:59 PM