EDDIE Howe. FOTO AFP
EDDIE Howe. FOTO AFP
AFP

London: Bos Newcastle, Eddie Howe berkata, dia tidak berasa seolah-olah pasukannya 'diburu' ketika ketika beliau berusaha menafikan cabaran Liverpool untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

The Magpies, yang berusaha untuk layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh dua dekad, akan menanti kunjungan Brighton di Saint James Park, esok.

Pasukan bimbingan Roberto De Zerbi, yang menang 3-0 di Arsenal, turut memburu tiket saingan Eropah buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Newcastle ketika ini berada di tangga ketiga di belakang Manchester City dan Arsenal namun berkongsi mata dengan Manchester United.

Newcastle dan United masing-masing masih mempunyai baki tiga perlawanan.

Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp hanya ketinggalan satu mata namun lebih satu perlawanan dengan terbaru melakar kemenangan liga ketujuh berturut-turut di Leicester, Isnin lalu.

Howe berkata Newcastle hanya fokus kepada persiapan mereka sendiri menegaskan beliau tidak memberi tumpuan kepada Liverpool.

"Saya tidak rasa kami sedang diburu," katanya pada sidang media pra perlawanan.

"Saya tidak merasakan situasi itu. Ia sebenarnya adalah bagaimana kami berdepan dengan cabaran sendiri.

"Saya tidak memberi tumpuan kepada mana-mana pasukan lain sepanjang musim ini. Saya tahu Liverpool tidak pernah terlalu jauh kerana mereka adalah pasukan utama dan mampu mencatatkan kemenangan.

"Mereka hampir sama dengan Manchester City di mana mereka boleh kerap memenangi perlawanan. Mereka adalah pasukan berpengalaman."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2023 @ 8:36 PM