EDDIE Howe. FOTO Reuters
EDDIE Howe. FOTO Reuters
Reuters

London: Newcastle United mesti bangkit dan beraksi tanpa rasa takut apabila menerima kunjungan Tottenham Hotspur pada pertembungan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini, kata pengurus Eddie Howe.

Newcastle berada di tempat keempat dalam kedudukan liga dengan 56 mata, tiga mata mengatasi Spurs, yang sudah beraksi lebih satu perlawanan.

Newcastle sedang berusaha menamatkan saingan di kedudukan empat teratas untuk kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Ditanya sama ada ia adalah perlawanan paling penting untuk Newcastle, Howe memberitahu wartawan: "Prestasi kami semakin meningkat. Harap kami dapat pamer persembahan lebih baik lagi.

"Kami tidak mahu turun beraksi dengan perasaan gementar dan pemain akan berikan aksi paling terbaik. Segala-galanya bergantung kepada keputusan minggu ini."

Newcastle perlu kembali bersemangat untuk bangkit daripada kekalahan 0-3 minggu lalu di Aston Villa dan Howe berkata, beliau sudah dapat melihat tanda-tanda positif daripada skuadnya selepas kekalahan itu.

"Ia bukan persembahan sebenar kami. Kami begitu konsisten di tempat sendiri dan di tempat lawan," kata Howe.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 7:08 PM