Penyerang Norwich, Teemu Pukki (dua kiri) menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Newcastle pada aksi Liga Perdana di St James' Park. FOTO AFP
Penyerang Norwich, Teemu Pukki (dua kiri) menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Newcastle pada aksi Liga Perdana di St James' Park. FOTO AFP
AFP

Newcastle, United Kingdom: Jaringan Teemu Pukki menafikan kemenangan pertama Newcastle musim ini yang turut menamatkan aksi dengan 10 pemain ketika seri 1-1 di St James' Park, pagi ini.

Newcastle beraksi kurang seorang pemain lebih daripada 80 minit selepas Ciaran Clark dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas Pukki.

Bagaimanapun, Norwich gagal memanfaatkan deretan peluang dan mengambil kesempatan itu selepas ketinggalan menerusi penalti yang disempurnakan Callum Wilson selepas sejam permainan.

Pukki kemudiannya meledak jaringan penyamaan 11 minit sebelum tamat perlawanan dan Norwich seharusnya memungut tiga mata pada minit akhir perlawanan apabila Martin Dubravka berjaya menyelamatkan percubaan Pierre Lees-Melou.

Keputusan seri tidak banyak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan yang berada dalam kelompok penyingkiran itu.

Dalam pada itu, kemenangan 1-0 Leeds ke atas Crystal Palace melonjakkan mereka lima mata daripada kelompok tiga terbawah.

"Saya rasa pemain perlu menunjukkan daya tahan yang kuat, di mana kami memerlukannya bagi perlawanan akan datang," kata pengendali Magpies, Eddie Howe.

"Jika kami mampu melakukan ketika beraksi 11 menentang 11, kami pastinya akan memenangi beberapa perlawanan."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 8:01 AM