KLOPP lega pemainnya segera bangkit selepas ketinggalan awal. FOTO Reuters
KLOPP lega pemainnya segera bangkit selepas ketinggalan awal. FOTO Reuters
Reuters

Liverpool: Liverpool bangkit untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam dengan pengurus, Juergen Klopp memuji ketenangan pasukannya selepas mereka melepaskan gol pertama di Anfield.

Liverpool leka pada lima minit pembukaan, apabila gol Bournemouth dibatalkan kerana ofsaid sebelum mereka mendahului menerusi Antoine Semenyo pada minit ketiga.

Bagaimanapun, tuan rumah berjaya mengatasi kegugupan mereka, dengan gol daripada Mohamed Salah dan Diogo Jota memastikan tiga mata penuh selepas Luis Diaz menyamai jaringan Semenyo.

"Permulaan yang mengerikan. Saya fikir gol pertama yang kami bolos adalah ofsaid dan satu amaran. OK, ia boleh diterima. Seminit kemudian kami melepaskan gol biasa yang tidak hebat," kata Klopp kepada Sky Sports.

"Kami memerlukan beberapa minit untuk mengatasinya dan kemudian kami benar-benar bagus. Separuh masa kedua ia berubah sepenuhnya kerana secara tiba-tiba kami bermain dengan 10 pemain tetapi menjaringkan gol ketiga, yang sangat penting.

"Ia memberi kami tenaga. Ia adalah hari perlawanan kedua dan sukar. Ia sengit untuk pemain tetapi kami berjuang melaluinya dan tidak bolos lagi, mendapat tiga mata dan itu sahaja yang saya perlukan."

Klopp menambah bahawa Liverpool bertindak balas dengan lebih baik selepas melepaskan gol menentang Bournemouth berbanding ketika mereka seri 1-1 pada aksi pembukaan musim dengan Chelsea.

"Apabila kami menemui jalan, kami bermain di kawasan yang kami perlu bermain dan kami tenang, itu bagus," kata Klopp.

"Saya berkata selepas Chelsea, selepas kami bolos, saya nampak kami tergesa-gesa. Saya tidak nampak hari ini. Kami menemui jalan semula dan bermain permainan yang kami mahukan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 12:53 PM