PEMAIN Bournemouth meraikan kemenangan mereka. -Foto Reuters
PEMAIN Bournemouth meraikan kemenangan mereka. -Foto Reuters
AFP

BOURNEMOUTH: Chelsea kendalian Maurizio Sarri terus dipalit krisis apabila mengharungi kekalahan memalukan 0-4 kepada Bournemouth, awal pagi tadi dan terjerumus ke tangga kelima Liga Perdana.

Dua gol daripada Joshua King dan masing-masing satu daripada David Brooks serta Charlie Daniels pada babak kedua permainan menyaksikan Chelsea mengharungi kekalahan ketiga berturut-turut di gelanggang lawan.

The Blues kini tewas lima perlawanan Liga Perdana, termasuk dua perlawanan terakhir dalam tempoh kurang dua bulan sekali gus terkeluar daripada kelompok empat terbaik.

Arsenal kini mengatasi musuh tetangganya itu tetapi berkongsi kedudukan mata dan dibezakan dengan jumlah jaringan. Kali terakhir Chelsea tewas dengan margin lebih empat gol adalah pada 1996.

Dengan satu lagi pencabar, Manchester United hanya ketinggalan dua mata, prestasi buruk ini menunjukkan Sarri perlu menyuntik dorongan baru terhadap kempen Chelsea yang tidak konsisten.

Menambah kesukarannya, peminat Chelsea mula melaungkan “Kamu tidak tahu apa yang kami lakukan” kepada Sarri selepas beliau membawa masuk penyerang Juventus, Gonzalo Higuain pada babak kedua.

NOORZAINY (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas dari geng ‘Tanker’ di bilik media Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang. -Foto RAMDZAN MASIAM
NOORZAINY (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas dari geng ‘Tanker’ di bilik media Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang. -Foto RAMDZAN MASIAM

Penyerang Juventus itu yang pernah bekerjasama dengan Sarri di Napoli dimasukkan bagi memberi bantuan terhadap Alvaro Morata dan Olivier Giroud tetapi gagal memberi sumbangan.

Seperti rakan sepasukan yang lain, Higuain gagal menghasilkan gerakan yang mampu memberi ancaman terhadap kubu Bournemouth ketika Sarri meninggalkan pemain mudanya yang diminati Bayern Munich, Callum Hudson-Odoi dalam skuad itu sebelum dimalukan.

Sarri pula menegaskan dia tidak terasa tertekan tetapi mengakui bertanggungjawab di atas kekalahan memalukan itu.

“Saya rasa pemain saya bagus. Mungkin kami tidak berada di kedudukan atas dalam liga sekarang tetapi kami kompetitif.”

“Kami tak boleh kalah 4-0 kepada Bournemouth. Saya hormati Bournemouth tetapi mustahil boleh kalah dengan jaringan itu di sini.

“Mungkin salah saya tak cukup memberi pemain saya motivasi. Tetapi skuad ini kuat, mereka boleh menang tanpa jurulatih,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 January 2019 @ 8:50 AM