OZIL mempunyai hubungan baik dengan Erdogan.
OZIL mempunyai hubungan baik dengan Erdogan.
Agensi

London: Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil bakal bertukar karier daripada bola sepak ke bidang politik selepas dijangka bertanding dalam pilihan raya parlimen Turkiye akan datang.

Ozil yang berusia 34 tahun mengumumkan persaraan daripada bola sepak profesional bulan lalu dan muncul calon berpotensi untuk parlimen Turki, menurut laporan media tempatan.

Menurut Turkiyenewspaper, Ozil disenaraikan antara calon parlimen pada pilihanraya akan datang sebagai wakil Parti AK.

Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum ini membayangkan beberapa nama baru bakal tersenarai tetapi tidak ramai menjangkakan bekas pemain Jerman itu antara calon popular.

Walaupun tampil untuk Jerman ketika karier antarabangsanya, Ozil anak kepada imigran Turkiye kerap memperkatakan hubungan dengan negara kelahiran ibu bapanya.

Dia diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Reccep Erdogan yang hadir perkahwinan Ozil pada 2019.

Erdogan peminat tegar bola sepak dan baru-baru ini mempertahankan tindakan penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo yang menyatakan sokongan kepada Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2023 @ 8:43 AM